Monday, 12 August 2013

Petua Untuk Mengelak Daripada Fitnah

Petua Untuk Mengelak Daripada Fitnah

Amalkan bacaan Yaasin seperti berikut:

1. Surah Yaasin, Ayat 29:
a. Untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut orang.
b. Jika anda rasa orang hendak fitnah atau aniaya diri anda.


2. Surah Yaasin, Ayat 44:
Agar dijauhkan fitnah dalam hidup.

3. Surah Yaasin, Ayat 76:
a. Untuk mententeramkan diri daripada fitnah orang.
b. Bila rasa sedih, sebak dan kecewa, baca ayat ini sambil memegang dan mengurut dada.
 
Sumber ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Sunday, 11 August 2013

Penangan MOVIE 'ISTANBUL AKU DATANG' = sebenarnya diri ini berkeseorangan?

Bismillah dan Assalamualaikum ..

Hari ini 11082013 (sun) cikniz hanya duduk seharian di rumah tanpa g mna2 .. Having my lonely life with two others from village ..

Mlmnya @cnh 104 Astro cikniz nonton ISTANBUL AKU DATANG ..
Entah mengapa tersentuh sangat bila nonton movie ni.. Siap bergelingan air mata ..
Maybe sebab jln ceritanya ada sedikit seperti jln ceritera ku? :)

Yeah .. Lisa punya bf yang panas baran dan selalu merendah2kn + memakinya .. Selain itu bf lisa juga main kayu tiga . Lisa hanya 'kenal' bfnya bila lisa datang ke Instanbul.

Alhamdulillah ada Beto Kusyairy memberi Lisa harapan ..
Saat Lisa ditinggalkan sendiri .. Saat Lisa dimaki .. Saat Lisa da nak kembali ke Malaysia .. Dan seterusnya .. selepas dua tahun, beliau menikahinya..

Byk kata2 Beto Kusyairy (jiran Lisa) yg membuka mata ini ; antaranya ..
"Saya tak meminta peluang kedua ...."




Seriously, 'air panas menitik' di pipi ini dan bibir mengukir senyuman saat melihat Lisa dibawa berjalan2 oleh Beto Kusyairy dan Beto Kusyairy menyarungkan baju beliau bg menghangatkan tubuh Lisa ..
M .. mybe pernah melalui keadaan ini barangkali? Should I rewind it? :(

Btl lah.. walau da lama mcmna pun kita da knl seseorang itu, jika dia
Tak menghargai kita ..
Always don't have time with us ..
Tak hormat kite as his patner ..
Berani maki & buat tak tentu kat kite ..

Apa guna semua ini?

Dari movie ini juga cikniz sedar bahawa selama ini cikniz sebenarnya berkeseorangan ..
 Yah .. Mengejar seseorang yg da bahagia dalam hidupnya memang tak berbaloi ..
Tapi mengapa masih terperangkap dalam situasi tersebut? Y?
Maybe perlukan waktu? Mybe kurang berdoa pada Allah.. Agar ditemukan dengan insan yg lebih menghargai kehadiran kita?  Yg dapat membahagiakan kedua2 hati all de time . Bukan dia seorang je yg rasa bahagia all the time ..
Insya Allah.. Mengapa tidak.. Start our wish & pray to Allah..

Saat kita susah senang dia bersama ..
Saat kita perlukan teman, dia org pertama disisi..
Saat kita dimaki dia bersama ..
Saat kita kesejukan, dia bantu hulurkan kain hangatkan kita ..



tak payah yg terbaik..
tak payah menanti  mereka yg meminta 'peluang kedua' kerana jika org itu benar2 ikhlas ngn kita .. 'peluang pertama ' itu da tentu dimanfaatkan sebaik mungkin ..

Well.. apa2 pun, doa dan terus berdoa .. hanya masa yg menentukan .. Apa2 pun, semuanya dari Allah juga ..

cikniz tersenyum sendirian.. takpelah .. doakan orang disana bahagia dengan insan pilihannya ..

Thursday, 30 May 2013

Tentang .. ♥

Assalamualaikum .. 
Harini, Insya Allah before tgh hari cikniz akan berangkat meninggalkan kota yang penuh bersejarah ini.. 
Hari ini jua CikNiz berharap dapat melupakan segala yang bertakhta di hati ini buat seketika .. terutamanya dia .. Bukan 'buang batu' tetapi untuk keselesaan diri ini.. 
Ye la, dia da bahagia. CikNiz pula bagaimana? Tak adil rasanya dia bahagia seorang diri tetapi CikNiz bagai layang-layang terputus talinya .. Merindu seorang diri . Mengharap perkara yang tak pasti. Sehingga kini hanya Allah tempat CikNiz berharap. Dengan harapan Dia permudahkan jodoh CikNiz.. CikNiz tak nak simpan hati CikNiz pada orang yang bukan jodoh CikNiz <- jika dia mmg bukan jodoh CikNiz .. Apatah lagi insan pertama yg bertakhta di hati ini.. Apa2 pun moga Allah berikan petunjukNya secepat mungkin .. perkara mcm ni CikNiz tak nak lama2 .. Allah tak suka hambanya couple.. Haram. Dengan hanya petunjukNya, mungkin CikNiz blh mengorak langkah baru.. Mungkin boleh berlalu pergi .. dan pasti, lepas ni da tak nak simpan perasaan kat sapa2 lagi.. Orang tu leh terus  jumpa papa jika dia btl2 ikhlas .. Mungkin perasaan sayang itu tiada tetapi blh dipupuk bukan? :) CikNiz tau, CikNiz tak sempurna di mata hambaNya.. begitu  juga dimataNya.. Sbb tu CikNiz nk yg paling simple.. 

Si Dia pernah berikan harapan.. bukan cikniz tak percaya .. But dalam pada masa yang sama cikniz juga kena 'berjaga-jaga'.. bg mengelakkan 'indah khabar dr rupa'.. CikNiz paham si dia byk komitmen .. cikniz tak kisah.. bior je la dia teruskn life dia .. Da dia bahagia.. cikniz tak nak ganggu.. atau mendesak.. tak baik rosakkan kebahagiaan dia .. Ya, CikNiz juga ada komitmen.. dalam diam CikNiz berikan dia tempoh .. Sampai tempoh tu CikNiz akan berdiam diri.. Bila CikNiz betul2 nmpk bahawa dia takde usaha dan nk life mcm ni je ngn CikNiz tanpa ikatan, maaf, CikNiz akan berlalu pergi.. CikNiz pun nak ada life sendiri. Nak ada kluarga sendiri. Nak ada 'rezeki' sendri. tiap hari CikNiz bukan makin muda.. Tubuh badan pun akan makin lemah.. pompuan tak digalakkan berbadan dua jika umur da naik.. 
Biarlah cikniz pendam perasaan ini dl. dengan mengharap Allah dengar segalanya .. Sekiranya Dia berikan CikNiz insan lain, yang lebih ikhlas dan lebih baik serta boleh terima diri CikNiz seadanya.. Insya Allah CikNiz akan terima dengan hati yang terbuka.. Insya Allah akan belajar untuk menjadi baik & terbaik.. 

Soalan  yg berbunyi "Sudahkah anda bersedia menjadi ******?" akan cikniz jawab "Tidak".. kerana cikniz mmg belum bersedia.. tetapi jika soalan itu berbunyi "sudikah kamu belajar + praktikal menjadi ****** di samping saya dan kita bergerak bersama2, susah senang bersama?", Mungkin CikNiz akan jawab "Insya Allah".. CikNiz tau sejauh mana kemampuan CikNiz.. Klu si dia berharap lebih2, maaf, CikNiz bukan orangnya. but klu orang itu sudi & sanggup mengajar, belajar & berusaha berjalan beriringan dengan CikNiz, Insya Allah CikNiz akan belajar & usaha menjadi terbaik untuknya..

tym2 mcm ni CikNiz bosan sgt nak luah perkataan sayang tu kat insan yg tiada ikatan halal ngn CikNiz.. Maaf .. walau dalam hati perasaan sayang tu mendalam sangat .. Hanya Allah yang tau.. banyak sangat perasaan CikNiz yang terpendam.. Kalaulah ia blh diluahkan .. but .. tak pe la .. CikNiz kena simpan.. Hanya untuk yang Halal.. Semoga Allah memberkati diri CikNiz dan pasangan nanti. Amin.. 


* Walau apa pun, cikniz tetap bertahan, bersabar & berdoa moga hubungan ini kekal dengannya. 
* CikNiz sentiasa bersyukur dengan perasaan si dia yg wujud ke atas cikniz.
*  CikNiz bangga dan bahagia dapat mengenalinya.
* CikNiz berterima kasih kerana sudi bertahan dengan cikniz.. Jg sudi ada walaupun bukan selalu tym cikniz memerlukan. 
* Cikniz selalu berdoa moga engkau baik2 sahaja & bahagia d sana . 
* Maafkan cikniz andai kerap 'membunuh' perasaaan mu.

Wednesday, 29 May 2013

Cara untuk mengurangkan risiko luka permukaan faraj semasa bersalin anak pertama


Berikut adalah salah satu cara bagaimana mengurangkan risiko luka permukaan faraj semasa bersalin anak pertama.

Kaedah yang dicadangkan ialah dengan melakukan urutan permukaan faraj sebelum bersalin @ "antenatal preneal massage"

Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.

Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.

Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?

Lakukan "Perineal Massage"
Menggunakan 1 atau 2 jari
Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.


Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!

Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?

Tidak ada.
Senang dilakukan.
Tidak menyakitkan.
Tidak perlu bayaran.


Tatacara mengurut perineum

Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.

(Sekiranya suami anda yang melakukan urutan perineum, arahan yang sama hendaklah dilakukan)

Saturday, 25 May 2013

Doa agar Anak Cerdik dan Pandai


Semoga bermanfaat pada semua.. Insya Allah .. ☺

9 Panduan Mudahkan Kelahiran

1. Urutan Perineal
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

2. Senaman Kegel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.

Menariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.

3. Teknik Pernafasan
Di minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran. Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting untuk wdikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran.

4. Tidur Mencukupi
Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti.

5. Keadaan Selesa
Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses pelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa. Apatah lagi, keadaan yang tergopoh-gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama. Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

6. Teman Kuat Semangat
Apa yang paling penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan daripada yang tersayang. Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.

Selain daripada suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani. Oleh yang demikian, ada baiknya untuk anda menentukan siapa yang bakal menemani di dalam bilik bersalin nanti. Malah, pilihan kedua selain daripada suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan lain-lain.

7. Perguna Graviti
Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul. Oleh kerana itulah, anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas katil. Adalah lebih baik anda berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi “turun” sekali gus mempercepatkan proses pelahiran.

8. Baring Mengiring Ke Kiri
Amalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak “keluar” dengan cepat.

9. Makan Secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.

Wanita & Aurat


Untuk rujukan bersama .. Semoga bermanfaat.. ☺