Monday, 29 April 2013

Ulang tahun(bulan) yang takkan luput dari ingatan..

Assalamualaikum .. 
Alhamdulillah, niat nak mengemas rumah hari ini terlaksana juga .. hoho.. Op kos dengan sedikit bantuan dari adik-adik.. Cian mereka kepenatan membantu. Sebagai habuan, tepat jam 5.00 pm, Cik Niz membawa mereka ke Restoran untuk menghilangkan penat.. Cian tengok mereka menjamu selera .. Penuh selera semuanya .. Penat sangat kot .. Tak pe la .. sekali sekala adik2 ku.. :)

Sesampainya di rumah, CikNiz sambung kembali mengemas mana yang tak siap petang tadi.. Fuh, genap 15 jam Cik Niz mengemas-ngemas ni.. Pinggang jgn lah nk dikata, mmg sakit sangat.. Bersin pun da tak henti-henti.. Tak pe, bukan selalu.. :P

Sekarang ni da lewat mlm. Jam menunjukkan pukul 1.04am bersamaan hari Isnin.. Ngantuk sangat tp badan ni rasa tak selesa ..Penat sangat kot ..  Fikiran pun tak stabil.. 
Maklumlah, bulan ni mmg bulan yang sangat 'bermkna' bg CikNiz.. 
Ye, bulan ulang tahun jiwa CikNiz yang da ilang ditiup tornado ntah kemana .. Ya Allah, kembalikanlah jiwa ku yg da hilang itu .. Ku inginkan perasaan itu kembali.. Seperti insan-insan yang lain..
Tak pernah rasa membenci.. Tak pernah juga rasa mendendami but semua itu memberi ku satu pengajaran yang amat berguna.. "Setiap kejadian itu ada hikmahnya" .. CikNiz redha dengan apa yang telah berlaku sebelum ini .. Insya Allah, CikNiz pasti, dengan izin Allah, akan ada insan yang sudi memberi ku kembali jiwa yang telah hilang dua tahun lalu.. Pasti.. Yakin .. Allah itu kan Maha Adil.. =')

Sunday, 28 April 2013

Alhamdulillah..

Bismillah .. 
Nampaknya hari da lewat sangat .. Da midnite pun.. 
Hanya saya seorang lagi yg masih membulatkan mata yang da merah bengkak ni.. hahaha~
Alhamdulillah malam ini penuh dengan pengisian pengetahuan tambahan yang Cik Niz perolehi .. Niat editing blog memang ada but tak banyak nak edit mlm ini.. Bukan apa, fikir punya fikir bimbang blog ni akan bertambah berat pula. Memang sangat membosankan bila lambat sangat nak loading.. Macam nak buang PC ni dalam laut  je.. Ahaha ~ Well.. Adios for a while .. 
Semoga hari esok lebih baik dari harini.. 

Ku berdoa semoga papa sentiasa sihat & dilindungi Allah selalu.. Amin..  ♥

Saturday, 27 April 2013

5 LARANGAN DALAM TIDUR

Assalamualaikum.. 
Hohoho.. Da dekat tengah  malam.. Patutnya korang-korang semua da nak tido kan.. But Cik Niz belum lagi tido .. Kepala ni masih ligat berpusing berfikir dan terus berfikir .. 
Nak tau apa yang Cik Niz fikirkan? hohoho.. Takpe lah.. biasalah rahsia.. haha .. 

Baiklah, sebelum korang tidor, pastikan pantang larang kat bawah ni dihayati yer.. kokokoko.. ♥


1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI
(buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai
coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini,
boleh merosakkan sistem saraf kita

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit
tidak dapat bernafas

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin tidak bangun-bangun lagi (dibunuh
oleh suaminya..:P

Saturday, 13 April 2013

PERIHAL HAID BAGI ISTERI DAN SUAMI

CONTOH KEADAAN 1: (Masa Datang Haid)
Waktu Zohor pukul 1.30 p.m,
Si isteri niatkan dalam hati nak smbahyang pukul 2,sebab tengah buat kerja (goreng ikan), nanti suami balik nk makan nasi tengah hari.
jadi si isteri berazam nak buat zohor pukul 2.00 p.m
TETAPI,tup2 KELUAR HAID SEBELUM PUKUL 2.00 p.m

JAWABNYA :
Slepas suci daripada haid,mandi2..si isteri kene QADHA ZUHUR INI.sebab si isteri telah MENDAPAT wktu ZOHOR tadi DALAM KEADAAN SUCI

(SEBAB ramai perempuan yang dia INGAT HANGUS BEGITU SAHAJA zohor yang tadi tu,sedangkan WAJIB DIA QADHA sebab dia telah dapat waktu zohor dalam KEADAAN SUCI)

-----------------------------------------------------------------------------
CONTOH KEADAAN 2 : (Yang kering di waktu Zuhur.)
Waktu asar pukul 4.30 p.m,
si isteri kering darah sebelum asar, pada pukul 4.15 p.m (DALAM WAKTU ZUHUR),
si isteri pun ambil tuala mandi2,dan siap pada pukul 4.45 p.m,
lepas pada itu,dia pakai baju smbahyang,dan tunaikan ASAR SAHAJA,

JAWABNYA:
kene ingat??awak kering DALAM WAKTU ZUHUR dan WAJIB kene qadha zuhur itu tadi.

(Suami WAJIB kene bagitahu hal ini,sebab itu SUAMI WAJIB MARI MENGAJI BAB TAHARAH,sebab dia berkait degan sah batal AMAL IBADAT ISTERI..)

- Dipetik dari Kuliah Ustaz Azhar Idrus. (Jom SHARE untuk SEBARKAN)

Wednesday, 10 April 2013

KASIH TANPA SEMPADAN ~ ♥

Bismillah.. 
Kelmarin 09/04/2013, jam 6.40pm saya bersembang sakan di telefon dengan papa. Rasanya banyak sangat topik yang hendak diluahkan.. Namun papa bukan banyak masa yang ada .. Seperti biasa dr jam 6.00 pagi dia akan bekerja sehingga jam 10.30 malam.. itu pun jika tugasnya da siap.. Jika boss minta tolong buat itu ini lagi bagaimana? :(

Rasa berdosa juga .. tak bisa membantu papa.. patutnya dengan umurnya yang da menjangkau 50-an itu, dia harus berehat sahaja di rumah.. Menikmati kehidupan yang penuh warna warni ini.. Yang mana beliau belum pernah rasa apa itu 'berehat'..  Nikmati kehidupan.. Kan masa ini adalah masa beliau tumpukan perhatian untuk anak-anak dan cucu beliau? .. Papa.. saya minta maaf kerana tak dapat bantu papa sebaik mungkin... 

Berbalik kepada perbualan kami berdua kelmarin.. 
Papa suarakan bahawa beliau dah penat sangat .. Dan hampir tak mampu nak bekerja.. Kudrat papa bukan seperti dulu.. Yang mana nak angkat kayu besar seorang diri pun masih mampu.. Kini nak gaul simen pun dah tercungap-cungap.. Kesian papa.. Maafkan saya kerana tak mampu buatkan papa ada masa dari berehat mencari rezeki untuk kami sekeluarga . Saya selaku anak sulung patut berusaha lebih untuk papa.. tapi sekarang?? 
Papa berkata-kata lagi.. Sekiranya ada peluang. Sekiranya ada kesempatan.. Nak je dia retire dari kerja sekarang.. Ya.. mmg da nmpk sangat..Beliau semakin lemah.. :( Dan beliau menyuarakan pendapat yang beliau hendak bekerja bagi kerja-kerja yang kurang / tidak memerlukan kudrat beliau yang banyak.. Beliau mengimpikan menjadi seorang penjual.. Ada kedai kecik pun takpa.. Ya Allah.. "Cukup2lah tu pa.. Biar saya seorang yang mencari rezeki untuk kita sekeluarga .. Saya masih mampu pa .. ".. Hati kecil ku seolah-olah menjerit.. Ingin saja ku mohon ampun dari papa.. Kerana ku x mampu jadi yang terbaik,.. 

Ku mencuba untuk mengatur nada suara ku yang da serak2 basah.. Tak nak papa perasan yang air mata ini da jatuh berderai mengingatkan pengorbanan papa selama ini.. Yang mana pengorbanannya itu tak mampu ku balas sebaiknya.. tidak setimpal langsung,, :'( Ku mencuba untuk menguatkan semangat diriku sekali gus diri papa sendiri..  "Pa, nanti kita fikirkan mana mana ya.. Saya try cari kerja apa yang sesuai.. Lepas ni jgn lg kerja situ ya.." "Ya, terima kasih ***".. Saya minta maaf kerana saya orang susah.. Tak dapat senangkan kamu adik beradik.. Tengok sekarang.. ko satu orang saja berusaha kerja untuk adik-adik ko yg kecil.. Mahu mengharapkan *** & **** mmg susah.. Mereka tanya khabar adik mu pun tak.. Ntah la macam la nnt klu ko da ditemukan jodoh.. takkan ko bawa sekali adik mu." Saya mula emosi.. saya paham dan maklum akan situasi papa.. dan saya pun bersuara .. "Pa, x payah minta maaf, kami susah bukan sbb papa.. tp dari diri kmi sendri.. Kmi yang kurang usaha .. Klu kmi usaha lebih, tentu kita da senang sekarang.. Pasal adik2 tu.. Jgn risau.. saya tetap akan jaga mereka"...
"Bukan apa ***, klu bab jodoh ni, ko kena fikirkan perasaan pasangan ko.. Kna fikirkan perasaan ibu bapa pasangan ko.. Mula2 mereka mungkin dapat terima adik2 ko.. tapi lama2? Lama2 pasangan mu pun pandai bosan .. "
Saya respek papa kerana memikirkan soal hidup saya .. Saya tau papa sayangkan saya .. Dari cara bercakapannya.. Dari perbuatannya... Dari pengorbanannya..
Soal jodoh mungkin saya akan kemudiankan.. Saya tak nak jadi seperti yang papa kata.. sekiranya ada 'dicalonkan'.. Saya kna hati2.. Yang boleh terima keadaan saya yg serba kekurangan.. Yang boleh terima keadaan hidup saya yang serba susah.. Saya sendiri kena paham akan keadaan pihak sebelah pasangan kelak.. Saya kena bahagikan sama rata.. Agar tiada yang merasa 'terpinggir'.. tapi.. dapatkah? Mengerti kah mereka? Atau.. Adakah yang benar2 akan menyanyangi ku? Yg lahir dr hati? Bkn dari mulut semata-mata? tak apalah. Serahkan segalanya pada Allah S.w.t .. Dia lebih maklum..

Erm.. Astagfirullah.. mengelamun jauh? Memikirkan nasihat papa? Erm.. Semua tu jau lagi.. Kot2 x da jodoh pun  ngn sesapa.. HAHA ~ Lawak ! Jgn nk perasan ! Diri tak sempurna mana pun.. ! Diri sendiri takleh nk jaga, ada hati nk 'jaga' org? hohoho,, Erm.. :(

Insya Allah pa.. Walaupun saya tau diri saya tak sesempurna mana .. Saya try menjadi 'ala2' sempurna .. Untuk papa.. Saya tahu, papa x da tempat nk mengharap.. nak minta bantuan walau sekecil mana pun.. Walau apa pun pa, walaupun engkau tidak meminta bantu dariku, tapi diriku sedia menghulurkan bantuan untuk mu.. Ikhlas ... Walau tak sebaik pengorbananmu terhadapku..
Terima kasih pa.. Kerana sudi menjaga diriku yg tak sempurna ini dari kecil hinggalah ke besar mcm ni.. Besar dugaan mu membesarkan ku.. Walaupun mama tak suka kehadiran ku, tetapi engkau tetap pertahankan ku.. Insya Allah, budi mu takkan kulupakan .. Maafkan ku pa.. kerana da besar panjang mcm ni pun diriku masih menjadi tanggungannmu.. Hahaha .. Maaf pa.. Saya blh jg diri sendri uda tp saya tau.. tanpa engkau ku kan jatuh,, Maafkn saya kerana masih mengharapkn kasih sayang & perhatian dari papa.. Bukan meminta tp dengan siapa lagi harusku mencurahkan perasaan kasih sayang ku .. Dengan siapa lg ku ingin bermanja.. Da tentu dengan papa kan??? Walaupun sekiranya di 'hadiahkan' jodoh oleh Allah s.w.t perasaan kasih sayang tu tak mungkin sama ngn sayangnya pada papa.. Sbb ku pernah merasa disakiti.. Walau sayang itu mendalam mcmna pun, walau cinta separuh mati tetapi semuanya dihancurkan begitu saja .. Tanpa belas kasihan walau sedikit pun.. Mungkin jg dimatanya saya ini takda nilai .. Takda perasaan.. Mudahnya datang & pergi..  Jiwa ku da hilang.. tak mungkin akan sama .. But papa .. Walaupun anak mu ini kekadang menyakitkan, engkau tetap mencurahkan kasih sayang mu.. Tak berbelah bagi.. Ya Allah.. Hebatnya kasih sayang papa terhadap hambaNya ini dan adik2 yg lain.. Takda yg dapat mengganti kasih sayang papa terhadap kmi semua.. Mama pun tak sebaik, seikhlas papa.. Terima kasih papa .. Engkau lah sumber inspirasi ku.. Engkau juga sumber kekuatan ku.. Tanpa mu aku jatuh.. Ya, mmg ku akn jatuh.. Dunia ini kejam.. Takkan ada sesiapa yg akan membantu,, Kecuali papa.. Dan dah tentu, Allah s.w.t pun tentu akan membantu.. Insya Allah..
 Ya Allah.. Panjangkanlah umur papa.. Berikanlah dia kesihatan yang baik.. Bahagiakanlah dia. Berikanlah dia syafaatmu.. Jadikan lah dia antara orang2 yg beriman.. Tabahkan lah hatinya mengharungi hidup ini yg penuh dengan liku.. Terutama dalam mengharungi liku2 menjaga anak2nya yg mencabar ini..
Pa.. Walau apa pun, saya try yg terbaik kelak ye.. Yg blh menjaga mu di saat engkau memerlukan.. Yg blh membantu meringankan beban mu.. Yg boleh membuatkan engkau tersenyum .. Saya tau, papa belum pnh senyum ikhlas dari hati.. Hanya senyum terpaksa lahir dari bibir.. Insya Allah.. saya cuba .. Buatkan papa senyum lahir dari hati ya.. Moga Allah kuatkan semangat papa.. Begitu jg dengan saya .. Insya Allah..

FOR YOU PAPA ♥

Papa.. tiap kali ku mendengar lagu ini, tentu pasti mengingatmu.. Lagu favourite papa kan? =')

Pa.. Andai engkau tau.. Ku amat menyayangi mu.. ♥ =') Rindu papa ... Sayang papa.. Selamanya .. Dengarlah lagu ini.. Untuk mu..


# Lamanya ku type selembar 'ceritera' ini.. bukan apa.. Tapi saya tak nampak skrin komputer.. Hujan lebat di kaca mata sepanjang menaip .. Hahaha ~ Adeshhh .. Emosi sangat ke?? Pa2 pun .. SAYA SAYANG PAPA !!! ♥

Monday, 1 April 2013

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITAN

 Just sharing ♥
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
 
LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. 
(tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)
 
Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.