Monday, 12 August 2013

Petua Untuk Mengelak Daripada Fitnah

Petua Untuk Mengelak Daripada Fitnah

Amalkan bacaan Yaasin seperti berikut:

1. Surah Yaasin, Ayat 29:
a. Untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut orang.
b. Jika anda rasa orang hendak fitnah atau aniaya diri anda.


2. Surah Yaasin, Ayat 44:
Agar dijauhkan fitnah dalam hidup.

3. Surah Yaasin, Ayat 76:
a. Untuk mententeramkan diri daripada fitnah orang.
b. Bila rasa sedih, sebak dan kecewa, baca ayat ini sambil memegang dan mengurut dada.
 
Sumber ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Sunday, 11 August 2013

Penangan MOVIE 'ISTANBUL AKU DATANG' = sebenarnya diri ini berkeseorangan?

Bismillah dan Assalamualaikum ..

Hari ini 11082013 (sun) cikniz hanya duduk seharian di rumah tanpa g mna2 .. Having my lonely life with two others from village ..

Mlmnya @cnh 104 Astro cikniz nonton ISTANBUL AKU DATANG ..
Entah mengapa tersentuh sangat bila nonton movie ni.. Siap bergelingan air mata ..
Maybe sebab jln ceritanya ada sedikit seperti jln ceritera ku? :)

Yeah .. Lisa punya bf yang panas baran dan selalu merendah2kn + memakinya .. Selain itu bf lisa juga main kayu tiga . Lisa hanya 'kenal' bfnya bila lisa datang ke Instanbul.

Alhamdulillah ada Beto Kusyairy memberi Lisa harapan ..
Saat Lisa ditinggalkan sendiri .. Saat Lisa dimaki .. Saat Lisa da nak kembali ke Malaysia .. Dan seterusnya .. selepas dua tahun, beliau menikahinya..

Byk kata2 Beto Kusyairy (jiran Lisa) yg membuka mata ini ; antaranya ..
"Saya tak meminta peluang kedua ...."




Seriously, 'air panas menitik' di pipi ini dan bibir mengukir senyuman saat melihat Lisa dibawa berjalan2 oleh Beto Kusyairy dan Beto Kusyairy menyarungkan baju beliau bg menghangatkan tubuh Lisa ..
M .. mybe pernah melalui keadaan ini barangkali? Should I rewind it? :(

Btl lah.. walau da lama mcmna pun kita da knl seseorang itu, jika dia
Tak menghargai kita ..
Always don't have time with us ..
Tak hormat kite as his patner ..
Berani maki & buat tak tentu kat kite ..

Apa guna semua ini?

Dari movie ini juga cikniz sedar bahawa selama ini cikniz sebenarnya berkeseorangan ..
 Yah .. Mengejar seseorang yg da bahagia dalam hidupnya memang tak berbaloi ..
Tapi mengapa masih terperangkap dalam situasi tersebut? Y?
Maybe perlukan waktu? Mybe kurang berdoa pada Allah.. Agar ditemukan dengan insan yg lebih menghargai kehadiran kita?  Yg dapat membahagiakan kedua2 hati all de time . Bukan dia seorang je yg rasa bahagia all the time ..
Insya Allah.. Mengapa tidak.. Start our wish & pray to Allah..

Saat kita susah senang dia bersama ..
Saat kita perlukan teman, dia org pertama disisi..
Saat kita dimaki dia bersama ..
Saat kita kesejukan, dia bantu hulurkan kain hangatkan kita ..



tak payah yg terbaik..
tak payah menanti  mereka yg meminta 'peluang kedua' kerana jika org itu benar2 ikhlas ngn kita .. 'peluang pertama ' itu da tentu dimanfaatkan sebaik mungkin ..

Well.. apa2 pun, doa dan terus berdoa .. hanya masa yg menentukan .. Apa2 pun, semuanya dari Allah juga ..

cikniz tersenyum sendirian.. takpelah .. doakan orang disana bahagia dengan insan pilihannya ..

Thursday, 30 May 2013

Tentang .. ♥

Assalamualaikum .. 
Harini, Insya Allah before tgh hari cikniz akan berangkat meninggalkan kota yang penuh bersejarah ini.. 
Hari ini jua CikNiz berharap dapat melupakan segala yang bertakhta di hati ini buat seketika .. terutamanya dia .. Bukan 'buang batu' tetapi untuk keselesaan diri ini.. 
Ye la, dia da bahagia. CikNiz pula bagaimana? Tak adil rasanya dia bahagia seorang diri tetapi CikNiz bagai layang-layang terputus talinya .. Merindu seorang diri . Mengharap perkara yang tak pasti. Sehingga kini hanya Allah tempat CikNiz berharap. Dengan harapan Dia permudahkan jodoh CikNiz.. CikNiz tak nak simpan hati CikNiz pada orang yang bukan jodoh CikNiz <- jika dia mmg bukan jodoh CikNiz .. Apatah lagi insan pertama yg bertakhta di hati ini.. Apa2 pun moga Allah berikan petunjukNya secepat mungkin .. perkara mcm ni CikNiz tak nak lama2 .. Allah tak suka hambanya couple.. Haram. Dengan hanya petunjukNya, mungkin CikNiz blh mengorak langkah baru.. Mungkin boleh berlalu pergi .. dan pasti, lepas ni da tak nak simpan perasaan kat sapa2 lagi.. Orang tu leh terus  jumpa papa jika dia btl2 ikhlas .. Mungkin perasaan sayang itu tiada tetapi blh dipupuk bukan? :) CikNiz tau, CikNiz tak sempurna di mata hambaNya.. begitu  juga dimataNya.. Sbb tu CikNiz nk yg paling simple.. 

Si Dia pernah berikan harapan.. bukan cikniz tak percaya .. But dalam pada masa yang sama cikniz juga kena 'berjaga-jaga'.. bg mengelakkan 'indah khabar dr rupa'.. CikNiz paham si dia byk komitmen .. cikniz tak kisah.. bior je la dia teruskn life dia .. Da dia bahagia.. cikniz tak nak ganggu.. atau mendesak.. tak baik rosakkan kebahagiaan dia .. Ya, CikNiz juga ada komitmen.. dalam diam CikNiz berikan dia tempoh .. Sampai tempoh tu CikNiz akan berdiam diri.. Bila CikNiz betul2 nmpk bahawa dia takde usaha dan nk life mcm ni je ngn CikNiz tanpa ikatan, maaf, CikNiz akan berlalu pergi.. CikNiz pun nak ada life sendiri. Nak ada kluarga sendiri. Nak ada 'rezeki' sendri. tiap hari CikNiz bukan makin muda.. Tubuh badan pun akan makin lemah.. pompuan tak digalakkan berbadan dua jika umur da naik.. 
Biarlah cikniz pendam perasaan ini dl. dengan mengharap Allah dengar segalanya .. Sekiranya Dia berikan CikNiz insan lain, yang lebih ikhlas dan lebih baik serta boleh terima diri CikNiz seadanya.. Insya Allah CikNiz akan terima dengan hati yang terbuka.. Insya Allah akan belajar untuk menjadi baik & terbaik.. 

Soalan  yg berbunyi "Sudahkah anda bersedia menjadi ******?" akan cikniz jawab "Tidak".. kerana cikniz mmg belum bersedia.. tetapi jika soalan itu berbunyi "sudikah kamu belajar + praktikal menjadi ****** di samping saya dan kita bergerak bersama2, susah senang bersama?", Mungkin CikNiz akan jawab "Insya Allah".. CikNiz tau sejauh mana kemampuan CikNiz.. Klu si dia berharap lebih2, maaf, CikNiz bukan orangnya. but klu orang itu sudi & sanggup mengajar, belajar & berusaha berjalan beriringan dengan CikNiz, Insya Allah CikNiz akan belajar & usaha menjadi terbaik untuknya..

tym2 mcm ni CikNiz bosan sgt nak luah perkataan sayang tu kat insan yg tiada ikatan halal ngn CikNiz.. Maaf .. walau dalam hati perasaan sayang tu mendalam sangat .. Hanya Allah yang tau.. banyak sangat perasaan CikNiz yang terpendam.. Kalaulah ia blh diluahkan .. but .. tak pe la .. CikNiz kena simpan.. Hanya untuk yang Halal.. Semoga Allah memberkati diri CikNiz dan pasangan nanti. Amin.. 


* Walau apa pun, cikniz tetap bertahan, bersabar & berdoa moga hubungan ini kekal dengannya. 
* CikNiz sentiasa bersyukur dengan perasaan si dia yg wujud ke atas cikniz.
*  CikNiz bangga dan bahagia dapat mengenalinya.
* CikNiz berterima kasih kerana sudi bertahan dengan cikniz.. Jg sudi ada walaupun bukan selalu tym cikniz memerlukan. 
* Cikniz selalu berdoa moga engkau baik2 sahaja & bahagia d sana . 
* Maafkan cikniz andai kerap 'membunuh' perasaaan mu.

Wednesday, 29 May 2013

Cara untuk mengurangkan risiko luka permukaan faraj semasa bersalin anak pertama


Berikut adalah salah satu cara bagaimana mengurangkan risiko luka permukaan faraj semasa bersalin anak pertama.

Kaedah yang dicadangkan ialah dengan melakukan urutan permukaan faraj sebelum bersalin @ "antenatal preneal massage"

Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.

Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.

Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?

Lakukan "Perineal Massage"
Menggunakan 1 atau 2 jari
Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.


Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!

Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?

Tidak ada.
Senang dilakukan.
Tidak menyakitkan.
Tidak perlu bayaran.


Tatacara mengurut perineum

Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.

(Sekiranya suami anda yang melakukan urutan perineum, arahan yang sama hendaklah dilakukan)

Saturday, 25 May 2013

Doa agar Anak Cerdik dan Pandai


Semoga bermanfaat pada semua.. Insya Allah .. ☺

9 Panduan Mudahkan Kelahiran

1. Urutan Perineal
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

2. Senaman Kegel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.

Menariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.

3. Teknik Pernafasan
Di minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran. Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting untuk wdikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran.

4. Tidur Mencukupi
Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti.

5. Keadaan Selesa
Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses pelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa. Apatah lagi, keadaan yang tergopoh-gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama. Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

6. Teman Kuat Semangat
Apa yang paling penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan daripada yang tersayang. Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.

Selain daripada suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani. Oleh yang demikian, ada baiknya untuk anda menentukan siapa yang bakal menemani di dalam bilik bersalin nanti. Malah, pilihan kedua selain daripada suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan lain-lain.

7. Perguna Graviti
Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul. Oleh kerana itulah, anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas katil. Adalah lebih baik anda berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi “turun” sekali gus mempercepatkan proses pelahiran.

8. Baring Mengiring Ke Kiri
Amalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak “keluar” dengan cepat.

9. Makan Secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.

Wanita & Aurat


Untuk rujukan bersama .. Semoga bermanfaat.. ☺

Monday, 20 May 2013

15 Cara Menghilangkan Sakit Senggugut




Senggugut pastinya menjadi kerunsingan buat wanita yang sudah matang kerana dikatakan senggugut merupakan sakit ketika period atau haid yang amat menyakitkan. Berikut dikongsikan 15 tips / cara / petua untuk menghilangkan penyakit senggugut. Semoga ianya berkesan dan berguna buat kaum hawa di luar sana.

Pilihan 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Pilihan 2 : Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

Pilihan 3: Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air dan didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Pilihan 4: Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Pilihan 5: Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .

Pilihan 6: Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

Pilihan 7: Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.

Pilihan 8: Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

Pilihan 9: Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 10: Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 11: Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.

Pilihan 12: Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.

Pilihan 13 : Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.

Pilihan 14: Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

Pilihan 15 : Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.





~♥ KERANA JODOH ADALAH RAHSIA ALLAH - PART 3.. ♥~

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
 
Rujukan : Lynda Roslan II

Sunday, 19 May 2013

Pesanan buat mereka yang bergelar / bakal bergelar suami.


:: REVIEW :: Wujudnya NGO yang membela nasib kucing terbiar / terbuang.

Bismillah..
Dalam era dunia yang sibuk dengan arus permodenan, ramai yang lupa akan 'tugas' sebagai 'khalifah' di dunia ini..  Bukan setakat khalifah dalam institusi kekeluargaan mahupun pekerjaan / negara, tetapi kita sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran harus bertindak untuk membantu hidupan lain yang ada di muka bumi ini. Ya, mungkin menyusahkan bagi sesetengah orang .. But, alangkah baiknya jika membantu walau sekecil mana ..
Kucing ... Kucing @ bulus @ meow .. atau berbagai lagi panggilan yang ada .. Ia adalah haiwan kesayangan Nabi suatu ketika dahulu .. Bahkan sehingga kini, masih ramai yang teruja apabila melihat kucing . termasuk CikNiz sendiri. Mungkin kerana sifat kucing itu  yang manja dan sesuai dengan manusia .. Atau mungkin kerana ia memang sentiasa kelihatan 'comel' dimata manusia walaupun kerapkali menjadi 'comot'. hahah~ Tetap cute tau !!
Kita kerap kali melihat 'pembuangan kucing' dbuat oleh mereka yang tidak mampu menjaganya .. Tapi, kenapa jika membuang, biarkan ia ditempat yang berbahaya serta tidak terurus? Mengapa tidak memberi kepada mereka yang berminat untuk menjaganya .. Siapa tahu masa depan kucing itu akan lebih terjamin bersama tuan barunya .. Harap adanya kesedaran masyarakat bahawa kucing itu juga punya perasaan, seperti kita .. perlukan kasih sayang, perlukan belaian, perlukan makanan dan sudah tentu perlukan tempat tinggal agar keselamatan mereka lebih terjamin..  
Apa yang CikNiz tau, adanya aktiviti 'menghapuskan' kucing terbiar di sekitar bandaraya besar ... Untuk 'kecantikan' bandaraya barangkali, but tujuan sebenar CikNiz belum kenalpasti.. Perkara ini adalah sangat kejam. Haiwan-haiwan yang tidak bersalah ini akan dibunuh . Ya Allah .. apalah dosa kucing-kucing ini sehingga perlu diperlakukan sedemikian? Takda cara lain ke?
But now, Syukur Alhamdulillah, telah wujud sebuah NGO yang membela nasib-nasib kucing..  Dinaungi oleh aktivis haiwan dengan lebih dikenali sebagai Papa Hero, beliau mempunyai sejarah tersendiri bagaimana terkenal sebagai pencinta kucing dan seterusnya wujudnya blog beliau yang tersendiri. 

Papa Hero seperti insan lain, yang tiap hari bekerja untuk mendapatkan rezeki  yang halal. Dan pada suatu hari (semasa beliau masih bujang),  beliau telah 'menemui' Hero @ Iyo, seekor kucing malang yang dipotong kedua-dua belah kaki depannya oleh seorang lelaki cina kerana mencuri ikan. Ramai hamba Allah yang lalu lalang di kawasan tersebut but hanya memerhatikan sahaja kucing malang itu dengan keadaan cedera teruk tanpa rasa  belas kasihan. Lantas Papa Hero mengambil kucing tersebut dan terus membawa ke rumah beliau untuk tujuan merawat, walau hanya menggunakan minyak gamat.. Itu sahaja yang beliau ada pada masa itu ! Yang penting tawakkal dan niat yang ikhlas bukan??!! Dan alhamdulillah, sehingga kini, Hero @ Iyo masih hidup! Alhamdulillah, tahniah pada Papa Hero kerana dengan usaha yang beliau buat, Hero si kucing tanpa lengan @ kaki masih hidup hingga kini.. 

 
Kini Hero da besar panjang ,, da genduts .. Da terjamin makan minumnya, keselamatannya dan juga semakin menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia. Papa Hero  dan Hero kerap muncul di kaca televisyen nasional seperti TV1, TV3, TV9, dan AlHijrah. Begitu juga dengan akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia dan Mastika.
Saksikan beberapa clip video mengenai Papa Hero dan Hero amnya.. 
 





Kini Papa Hero mempunyai blog rasminya http://kakimotong.blogspot.com/ untuk tatapan semua.. Tahun demi tahun beliau tetap berusaha untuk menegakkan keadilan untuk haiwan comel ini. Pelbagai usaha yang beliau buat untuk si bulus yang lemah.. Fanpage beliau juga kekal aktif dan sentiasa ada pengisian.. Bukan setakat untuk kongsi minat terhadap haiwan ini, tetapi juga pengisian untuk kesedaran masyarakat amnya, termasuklah info-lain lain yang mungkin bermanfaat untuk semua .. Jom ramai-ramai LIKE fanpage beliau. ♥ Ùƒ KAKIMOTONG Ùƒ FAN CLUB ♥ Berikutan itu, wujudnya fanpage berikut yang ada kesinambungan dengan Ùƒ KAKIMOTONG Ùƒ FAN CLUB . jom usharrrrrrrrrrrr !!


Alhamdulillah, kini Papa Hero dalam proses untuk melaksanakan impian beliau untuk mewujudkan "Kakimotong Cat Village" . Lepas ini adalah tempat si bulus-bulus berteduh. Makin besarlah keluarga Papa Hero @ PH kan. ☺Kucing-kucing yang akan dihapuskan olek DBKL semuanya diselamatkan oleh PH dan diteduhkan di Cat Village ini. Alhamdulillah.. Semoga Allah memberkati usaha murni PH & MH sekeluarga .. Diharapkan masyarakat pun ada kesedaran akan kebajikan si bulus kelak.. ♥

 * Sebak menghayati perjalanan hidup abg Iyo yang encem nihhh .. Siap boleh berdiri gitu.. Mwwaaaahhh ~~

 

 

Tips Membeli Emas

|Tips 1|
Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja
Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.


|Tips 2|
Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata
Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750.
 
 
 
 
 
Rujukan : Hargaemas.com @ Seri Emas GSR

Saturday, 18 May 2013

Jodoh itu rahsia Allah - Part II

Bismillah & Assalamualaikum wbt.. 

Seperti yang pernah cikniz post sebelum ini.. 
Jodoh itu rahsia Allah.. Jika ia bukan rahsia .. Maka tak bestlah kan.. x da 'suprise'.. takda 'pengalaman'.. takda 'pengorbanan' .. takda 'pengajaran' .. takda 'life' & so on .. 
Subahanallah ! Allah is the great ! Hanya Dia yang tau segala yang tersirat dan tersurat . Setiap kejadian itu ada hikmahnya .. Semuanya ada 'hint' .. kita sebagai hambaNya sahaja yang kena 'belajar' memahami setiap kejadian itu .. 

 Last sekali, kemungkinan besar antara ayat yang akan kuar adalah seperti --> "SubhanAllah tak sangka awak jodoh saya ♥ !"

~*~ 
Percintaan dalam Islam ialah hubungan cinta yang disuburkan selepas perkahwinan sehingga ke akhirnya. Tanda sebuah perkahwinan itu dizahirkan melalui hubungan suami isteri diisi penuh tanggungjawab dan kasih sayang, membentuk anak yang soleh dan solehah serta taat kepada perintah Allah.
Jadi berdoalah untuk mendapatkan keredaan Allah semata-mata dan tidak sesekali berdasar godaan nafsu dan keduniaan.

~*~

Sentiasa beringat bahawa bertunang bukan ‘lesen’ melakukan perbuatan maksiat kerana mereka belum sah sebagai suami isteri.
Ini bagi memelihara zuriat yang bakal lahir nanti. Inilah indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup umatnya.

~*~ 
 Perlu juga diingatkan :
SIAPA sangka kita akan bertemu jodoh dengan seseorang yang sebelum ini tidak pernah dikenali.
Malah, dalam sekelip mata si dia sudah menjadi suami/isteri kita.
Itulah dinamakan jodoh yang Allah s.w.t kurniakan kepada seseorang. 

~*~  
 Apa yang pasti.. selagi tiada ikatan sebuah perkahwinan yang sah, kita ditegah daripada melakukan maksiat .. 

"Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak" 


Memang benar cinta itu buta .. bukan buta dari segi 'paras rupa / harta kemewahan' sahaja yang bisa timbul.. Malah nafsu-nafsu godaan syaitan terhadap hamba Allah sekalian alam.. Siapa kata cinta itu sekadar perasaan indah yang wujud dalam diri kita sebagai hambaNya semata-mata ? Ia wujud juga sebagai ujian terhadap kita .. dimana Allah swt ingin tau sejauh mana iman kita .. tinggi rendah iman kita .. Biasanya mereka yang kurang beriman akan 'gagal' dalam ujian Allah yang satu ini.. Almaklumlah, soal hati memang sukar untuk dikawalkan.


Dugaan demi dugaan pasti akan wujud darilah tempoh 'kenal-kenal' hingga selamat di ijab kabulkan.. dan .. sudah tentu.. sepanjang perjalanan alam perkahwinan itu .. Apa kata kita doakan agar sebuah ikatan yang sah itu bahagia till jannah .. Agar zuriat yang lahir itu pun dapat kesan yang positif .. semoga menjadi keluarga bahagia till jannah ! Insya Allah.. ♥


 

Perasaan cemburu, rindu, sedih itu biasa bagi manusia . . . .

Bismillah.. 

Tidak dinafikan perasaan cemburu, rindu, sedih itu boleh wujud secara mono, ataupun sekaligus .. bergntung kepada keadaan ataupun situasi semasa .. seringkali kita tak tahu nak buat apa jika perkara tersebut terjadi..So, apa kata ucap :


Thursday, 16 May 2013


Bismillah. . . .

Terkedu seketika membaca bait-bait kata diatas .. Mendalam maksudnya .. 
But mampukah aku? bersediakah aku? kenapa? Haruskah begitu? 
Ya Allah .. Kuatkanlah diri ini menghadapi dugaan mu .. Hanya Engkau yang tahu akan yang tersirat dan tersurat. Maka janganlah Engkau biarkan diri ini sentiasa memakan diri sendiri . Tabahkanlah hati ini. 
.
.
.
.
.
.

.. to be continue ..  

Sunday, 12 May 2013

MAJIKAN BEKERJA BERSAMA-SAMA DENGAN PEKERJA ATAU MAJIKAN JUST GOYANG KAKI .. MANA PILIHAN ANDA ~

Assalamualaikum.. 

Dalam sesebuah organisasi, banyak jenis pekerja dan majikan yang kita temui..
Ada majikan yang perihatin terhadap pekerja dan ada juga yang sebaliknya .. 
Ada yang mengarah sepeti Hitler dan ada juga sebaliknya.. 

Bagi CikNiz, majikan yang baik di dalam organisasi itu adalah majikan yang bergerak bersama-sama dengan pekerja .. Baru pekerja ada motivasi untuk bekerja bukan? .. :)


Saturday, 11 May 2013

Kabinet Negeri Sabah 2013-2018

Assalamualaikum .. 

Rasa2nya pentimg juga kita taahu sedikit demi sedikit tang kabinet terbaru pas PRU13 ni.. 
Maybe blh menjadi rujukan kelak.. ;)


Thursday, 9 May 2013

~♥ KERANA JODOH ADALAH RAHASIA ALLAH ... ♥~

Apabila dua orang telah digariskan untuk dapat hidup bersama..

Maka: Sejauh apapun mereka..

Sebanyak apapun rintangan yang menghalangi..
Sebesar apapun beda diantara mereka..
Sekuat apapun usaha mereka untuk menghindarkannya..

Meski mereka tidak pernah komunikasi sebelumnya..PASTI tetap saja mereka akan bersatu..Seakan ada magnet yang menarik mereka..

Akan ada hal yang datang untuk menyatukan mereka berdua,
akan ada suatu kejadian yang membuat mereka saling mendekat dan akhirnya bersatu..

Namun Apabila dua orang telah ditetapkan untuk tidak berjodoh..

Maka Sebesar apapun usaha mereka untuk saling mendekat..
Sekeras apapun upaya orang disekitar mereka untuk menyatukannya..

Sekuat apapun perasaan yang ada diantara mereka berdua..
Sebanyak apapun komunikasi diantara mereka sebelumnya..
PASTI akan ada hal yang membuat mereka akhirnya saling menjauh..

Ada hal yang membuat mereka saling merasa tidak cocok,ada hal yang membuat mereka saling menyadari bahwa memang bukan dia yang terbaik,ada kejadian yang menghalangi mereka untuk bersatu..

Bahkan kalau mereka diikat sekalipun pasti akan terlerai ikatan itu..
Namun yang perlu kita ingat adalah:Yakinlah dengan segala Ketentuan yang diberikan oleh ALLAH,apa yang telah digariskan,yang telah ditulis oleh ALLAH dalam Kitab-NYA..

Adalah yang TERBAIK untuk kita karena ALLAH lah yang Maha Tahu apa yang TERBAIK buat kita..

Maka dari itu:Jika kita tidak mendapatkan suatu hal yang kita inginkan..

Itu bukan berarti bahwa kita tidak pantas untuk mendapatkannya Namun justru berarti kita pantas mendapatkan yang lebih baik lagi..

Aammin ya Rabbal'alamin..
 
* Ingatan untuk semua termasuk diri ini *
Sumber rujukan :  ~*•.Sebelum Engkau Halal BagiKu.•*~

Sedar akan Kekurangan Diri ..


.. Bila mana kita sedar akan kekurangan  diri, Maka diri akan terasa sangat kecil di matanya .. 
.. Bila mana kita sedar akan kekurangan diri, Maka diri harus bersedia dan redha ketika dipintas oleh insan yang lebih sempurna dimatanya .. 
.. Bila mana kita sedar akan kekurangan diri, Maka diri akan kurang mengharap sesuatu yang terpendam / dihajati dalam sanubari ..
.. Bila mana kita sedar akan kekurangan diri, Maka diri harus redha .. Bila tiba masanya, diri ini mungkin dilupakan, dipinggirkan, dibuang olehnya begitu sahaja .. 
 
.. Bila mana kita sedar akan kekurangan diri, Maka diri tersangat yakin bahawa perasaan yang wujud dalam diri itu, tidak mampu dan tidak dapat ditandingi oleh yang lain ..
.. Bila mana kita sedar akan kekurangan diri, Maka diri akan sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian dariNya walau sekecil Zahrah !! (Alhamdulillah)
.. Bila mana kita sedar akan kekurangan diri, Maka diri yakin, semua itu ada Hikmah dariNya .. 
.. Bila mana kita sedar akan kekurangan diri, Maka diri yakin, Allah s.w.t itu sentiasa ada disamping diri kita ! ♥ ☺


* Nukilan dari hati yang tersirat *

BILA GAMBAR ITU BERKATA-KATA .. ♥

.. Hanya diri ini dan Allah s.w.t yang mengetahui yang tersirat di dalam diri dan hati ini .. 


 

 ~ Thanks  ♥ ~
 
~ Truly Right ='( ~