Saturday, 18 May 2013

Jodoh itu rahsia Allah - Part II

Bismillah & Assalamualaikum wbt.. 

Seperti yang pernah cikniz post sebelum ini.. 
Jodoh itu rahsia Allah.. Jika ia bukan rahsia .. Maka tak bestlah kan.. x da 'suprise'.. takda 'pengalaman'.. takda 'pengorbanan' .. takda 'pengajaran' .. takda 'life' & so on .. 
Subahanallah ! Allah is the great ! Hanya Dia yang tau segala yang tersirat dan tersurat . Setiap kejadian itu ada hikmahnya .. Semuanya ada 'hint' .. kita sebagai hambaNya sahaja yang kena 'belajar' memahami setiap kejadian itu .. 

 Last sekali, kemungkinan besar antara ayat yang akan kuar adalah seperti --> "SubhanAllah tak sangka awak jodoh saya ♥ !"

~*~ 
Percintaan dalam Islam ialah hubungan cinta yang disuburkan selepas perkahwinan sehingga ke akhirnya. Tanda sebuah perkahwinan itu dizahirkan melalui hubungan suami isteri diisi penuh tanggungjawab dan kasih sayang, membentuk anak yang soleh dan solehah serta taat kepada perintah Allah.
Jadi berdoalah untuk mendapatkan keredaan Allah semata-mata dan tidak sesekali berdasar godaan nafsu dan keduniaan.

~*~

Sentiasa beringat bahawa bertunang bukan ‘lesen’ melakukan perbuatan maksiat kerana mereka belum sah sebagai suami isteri.
Ini bagi memelihara zuriat yang bakal lahir nanti. Inilah indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup umatnya.

~*~ 
 Perlu juga diingatkan :
SIAPA sangka kita akan bertemu jodoh dengan seseorang yang sebelum ini tidak pernah dikenali.
Malah, dalam sekelip mata si dia sudah menjadi suami/isteri kita.
Itulah dinamakan jodoh yang Allah s.w.t kurniakan kepada seseorang. 

~*~  
 Apa yang pasti.. selagi tiada ikatan sebuah perkahwinan yang sah, kita ditegah daripada melakukan maksiat .. 

"Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak" 


Memang benar cinta itu buta .. bukan buta dari segi 'paras rupa / harta kemewahan' sahaja yang bisa timbul.. Malah nafsu-nafsu godaan syaitan terhadap hamba Allah sekalian alam.. Siapa kata cinta itu sekadar perasaan indah yang wujud dalam diri kita sebagai hambaNya semata-mata ? Ia wujud juga sebagai ujian terhadap kita .. dimana Allah swt ingin tau sejauh mana iman kita .. tinggi rendah iman kita .. Biasanya mereka yang kurang beriman akan 'gagal' dalam ujian Allah yang satu ini.. Almaklumlah, soal hati memang sukar untuk dikawalkan.


Dugaan demi dugaan pasti akan wujud darilah tempoh 'kenal-kenal' hingga selamat di ijab kabulkan.. dan .. sudah tentu.. sepanjang perjalanan alam perkahwinan itu .. Apa kata kita doakan agar sebuah ikatan yang sah itu bahagia till jannah .. Agar zuriat yang lahir itu pun dapat kesan yang positif .. semoga menjadi keluarga bahagia till jannah ! Insya Allah.. ♥


 

No comments:

Post a Comment