Bismillah..
Dalam era dunia yang sibuk dengan arus permodenan, ramai yang lupa akan 'tugas' sebagai 'khalifah' di dunia ini.. Bukan setakat khalifah dalam institusi kekeluargaan mahupun pekerjaan / negara, tetapi kita sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran harus bertindak untuk membantu hidupan lain yang ada di muka bumi ini. Ya, mungkin menyusahkan bagi sesetengah orang .. But, alangkah baiknya jika membantu walau sekecil mana ..
Kucing ... Kucing @ bulus @ meow .. atau berbagai lagi panggilan yang ada .. Ia adalah haiwan kesayangan Nabi suatu ketika dahulu .. Bahkan sehingga kini, masih ramai yang teruja apabila melihat kucing . termasuk CikNiz sendiri. Mungkin kerana sifat kucing itu yang manja dan sesuai dengan manusia .. Atau mungkin kerana ia memang sentiasa kelihatan 'comel' dimata manusia walaupun kerapkali menjadi 'comot'. hahah~ Tetap cute tau !!
Kita kerap kali melihat 'pembuangan kucing' dbuat oleh mereka yang tidak mampu menjaganya .. Tapi, kenapa jika membuang, biarkan ia ditempat yang berbahaya serta tidak terurus? Mengapa tidak memberi kepada mereka yang berminat untuk menjaganya .. Siapa tahu masa depan kucing itu akan lebih terjamin bersama tuan barunya .. Harap adanya kesedaran masyarakat bahawa kucing itu juga punya perasaan, seperti kita .. perlukan kasih sayang, perlukan belaian, perlukan makanan dan sudah tentu perlukan tempat tinggal agar keselamatan mereka lebih terjamin..

Apa yang CikNiz tau, adanya aktiviti 'menghapuskan' kucing terbiar di sekitar bandaraya besar ... Untuk 'kecantikan' bandaraya barangkali, but tujuan sebenar CikNiz belum kenalpasti.. Perkara ini adalah sangat kejam. Haiwan-haiwan yang tidak bersalah ini akan dibunuh . Ya Allah .. apalah dosa kucing-kucing ini sehingga perlu diperlakukan sedemikian? Takda cara lain ke?
But now, Syukur Alhamdulillah, telah wujud sebuah NGO yang membela nasib-nasib kucing.. Dinaungi oleh aktivis haiwan dengan lebih dikenali sebagai Papa Hero, beliau mempunyai sejarah tersendiri bagaimana terkenal sebagai pencinta kucing dan seterusnya wujudnya blog beliau yang tersendiri.
Papa Hero seperti insan lain, yang tiap hari bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal. Dan pada suatu hari (semasa beliau masih bujang), beliau telah 'menemui' Hero @ Iyo, seekor kucing malang yang dipotong kedua-dua belah kaki depannya oleh seorang lelaki cina kerana mencuri ikan. Ramai hamba Allah yang lalu lalang di kawasan tersebut but hanya memerhatikan sahaja kucing malang itu dengan keadaan cedera teruk tanpa rasa belas kasihan. Lantas Papa Hero mengambil kucing tersebut dan terus membawa ke rumah beliau untuk tujuan merawat, walau hanya menggunakan minyak gamat.. Itu sahaja yang beliau ada pada masa itu ! Yang penting tawakkal dan niat yang ikhlas bukan??!! Dan alhamdulillah, sehingga kini, Hero @ Iyo masih hidup! Alhamdulillah, tahniah pada Papa Hero kerana dengan usaha yang beliau buat, Hero si kucing tanpa lengan @ kaki masih hidup hingga kini..
Kini Hero da besar panjang ,, da genduts .. Da terjamin makan minumnya, keselamatannya dan juga semakin menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia. Papa Hero dan Hero kerap muncul di kaca televisyen nasional seperti TV1, TV3, TV9, dan AlHijrah. Begitu juga dengan akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia dan Mastika.
Saksikan beberapa clip video mengenai Papa Hero dan Hero amnya..
Kini Papa Hero mempunyai blog rasminya http://kakimotong.blogspot.com/ untuk tatapan semua.. Tahun demi tahun beliau tetap berusaha untuk menegakkan keadilan untuk haiwan comel ini. Pelbagai usaha yang beliau buat untuk si bulus yang lemah.. Fanpage beliau juga kekal aktif dan sentiasa ada pengisian.. Bukan setakat untuk kongsi minat terhadap haiwan ini, tetapi juga pengisian untuk kesedaran masyarakat amnya, termasuklah info-lain lain yang mungkin bermanfaat untuk semua .. Jom ramai-ramai LIKE fanpage beliau. ♥ ك KAKIMOTONG ك FAN CLUB ♥ Berikutan itu, wujudnya fanpage berikut yang ada kesinambungan dengan ك KAKIMOTONG ك FAN CLUB . jom usharrrrrrrrrrrr !!
Alhamdulillah, kini Papa Hero dalam proses untuk melaksanakan impian beliau untuk mewujudkan "Kakimotong Cat Village" . Lepas ini adalah tempat si bulus-bulus berteduh. Makin besarlah keluarga Papa Hero @ PH kan. ☺Kucing-kucing yang akan dihapuskan olek DBKL semuanya diselamatkan oleh PH dan diteduhkan di Cat Village ini. Alhamdulillah.. Semoga Allah memberkati usaha murni PH & MH sekeluarga .. Diharapkan masyarakat pun ada kesedaran akan kebajikan si bulus kelak.. ♥
* Sebak menghayati perjalanan hidup abg Iyo yang encem nihhh .. Siap boleh berdiri gitu.. Mwwaaaahhh ~~ ♥
No comments:
Post a Comment