Friday, 3 May 2013

Semuanya berlaku di Hari Ulang tahun kelahiranku ..

Assalamualaikum.. Bismillah.. 
Pagi tadi ku bangun dari lena dengan niat dalam hati, semoga hari ini ku kan bahagia, dijauhi dari perkara yang tidak baik  di samping bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ku masih di panjangkan umur .. Ya, Allah masih memberiku peluang untuk bertaubat dalam segala hal.. Sebagai hamba Allah yang lemah, kita sentiasa terdedah kepada dosa-dosa kecil mahupun dosa besar .. betapa kecilnya kita di muka bumi ini.. 

Pagi ini sesampai sahaja ku di office, kedengaran deringan telefon.. Papa rupanya ! :)
Belum sempat ku katakan apa2, papa terus ucap selamat hari lahir kepada ku.. Dan dia minta maaf kerana takda apa yg dapat diberikan kepada ku.. Almaklumlah dia jauh kat di dearah sana .. Tak semena-mena titisan air masin jatuh membasahi pipi.. Papa ingat rupanya .. bahagianya bukan kepalang ku rasakan..  But npa papa perlu minta maaf, tak apa papa .. tak perlu semua tu.. Kasih sayang yang papa curahkan selama ini adalah hadiah paling berharga buat ku .. =') tersedar bahawa saya berada didalam pejabat dan tak ingin kawan-kawan yang lain terlihat keadaanku, terusku ubah topik.. Ya Allah, rindunya saya pada papa.. Klu papa berdekatan, tentu hari ini dia masakkan saya sesuatu yang istimewa .. Walau tanpa ku pinta.. Tp harini dia jauh di dearah seberang.. Saya pun tak sempat nk masak untuk lunch sendri.. Berlunchkan Nasiputih  + telur goreng pun jadilah.. Syukur masih dilimpahi rezeki dariNya.. Da lewat sampai umah .. 
Terharu juga ada teman2 yg bertanya tentang sambutan harini . Ku jawab hambar je .. Lom pernah lagi ku raikan ulang tahun ku sendiri sebenarnya .. Zaman sekolah dulu pun sama je .. But ramai teman2 yg hulurkan gift.. but itu dulu.. Dah tua krepot ni tak sama da mcm dulu.. :P
Pernah mengimpikan, Insya Allah satu hari nanti akan ku raikan ulang tahun kelahiran ku .. But akan ku raikan bersama-sama dengan insan yang akan sehidup semati dengan ku .. Insya Allah.. tu pun jika ada rezeki & panjang umur .. Tak raikan pun takpa andai tak da rezeki.. :) bukan juga wajib kan.. . ;)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Around jam 9.00 am, segala impian, segala kebahagian yang ku rasakan pada pagi ini hancur berkecai.. Hati ku dironyok dengan sebegitu kuat lagi.. Oleh orang yang ku percaya selama ini.. Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan kepada ku.. Mengapa ku kerap disakiti sebegitu teruk? Apa dosa ku pada Mu Ya Allah.. Mengapa begitu sukar engkau ampuni hamba mu ini Ya Allah.. Untuk kesekian dua kalinya .. Ku disakiti lagi.. ='(

Sehingga kini ku tertanya-tanya, apa niatnya sebenar? Apa yang dia mahu dari ku? Apa dosa ku padanya? Adakah dia berdendam dengan ku? Atau adakah kerana orang lain pernah sakiti dia, dia balas balik semuanya kepada ku? Ya Allah, Engkau bukakan la mata hambaMu ini ya Allah.. Jadikan lah hambaMu ini kuat menghadapi dugaan Mu.. Dan jika dia bukan insan terpilih bersama hambaMu ini,  jauhkan lah dia dari hambaMu ini, dan temuikanlah ku dengan hambaMu yang benar-benar ikhlas bersahabat dengan ku.. Kekadang seperti ku sukar untuk brnafas dengan perbuatannya itu .. Mengapa sebegitu kejam? Mengapa sebegitu hina? Kekadang ku mengharap agar ku dijauhi dari daerah ini.. Daerah yang penuh dengan pancaroba .. Kesakitan ku hanya Allah yang tau. TempatNya sahaja ku mengadu.. Kekadang dibawa ke mimpi.. Apakah semua ini? Ku langsung tak bahagia di sini.. Badan ku yang dulu sedikit berisi kini semakin 'kering kontang' .. Berat badan makin menyusut .. Papa pun perasan, dan dia khabarkan pada bekas rakan sekerja ku yang mana hujung bulan ni nak naik pelamin dah tu.. Ya, mmg ramai yang tegur.. Memintaku mengambil makanan byk dan cari 'teman'.. Cari mana itu 'kebahagiaan'. Kini ku hanya mampu senyum terpaksa dihadapan mereka .. Menutupi segala yang tersirat di dalam diri.. Ya Allah..  Mereka tak tau apa yang menimpa diri ini.. Kalaulah mereka tau.. ='(


Kini diri ini tak tahu pa yang perlu dibuat.. Terasa seperti nak menyendiri je .. Seolah-olah hidup ini da tak da makna .. Fikiran ku lari jauh kepada papa .. Nak bermanja dengan papa .. Nak citer-citer ngan papa.. 

Petang, jam 5.20pm.. 
Papa menelefon ku.. dia berkongsi citer .. mengadu tentang adik yang asyik nak couple .. Papa tak suka ! Papa nak mereka mendirikan rumah tangga segera ! Papa tak suka lelaki yang bawa anak dara orang ke hulu ke hilir tanpa ada ikatan yang Sah... Dan sudah tentu keberanian iparku yang mengambil adik perempuan ku secara sah sebelum ini dijadikan contoh yang baik .. Ya, betul kata papa, lelaki yang bertanggungjawab tidak akan membawa gadis itu ke hulu ke hilir tanpa ada ikatan yang sah ~ 
Papa minta pendapat ku.. Bagaimana ingin menyelesaikan masalah adik yang belum ada planning untuk berumah tangga itu .. Papa tak suka !
Belum sempat saya menyuarakan cadangan, Tetiba papa beralih topik.. Arrgghhhh .. Saya?! Kenapa Saya? 
Ya ! Saya diminta jangan always 'bergeng' dengan mereka yang bukan sejantina dengan ku.. Walaupun hanya kawan .. Papa juga pesan jangan let teman-teman yang bukan sejantina ku melawat ku seandainya mama tak da kat rumah melainkan orang itu ada hubungan yang sah dengan ku (hubungan yg sah?) .. 
Selain itu papa minta saya menjaga perasaan seseorang insan .. Ya, seorang insan yang baik hati.. Selembut dirinya..Pesannya juga menjurus kepada soal hidup ku.. Hampir sejam diriku 'di brainwash'..

Apa mksd papa ni? Kenapa tetiba ni? Knp tetiba topik tu disasarkan pada saya? 
Sekiranya papa ada mksd tersirat, harap papa blh terus terang ngn saya ..Apa-apa pun permintaan papa, insya Allah akan ku cuba tunaikan ya .. :) Soal jodoh ku, sekiranya papa ada nak mencadang, insya Allah, akan ku pertimbangkan.. Ya, kna juga berbincang kan.. bukan semua dapat terima diri ini kan.. But jika nk saya cari sendiri.. Payah sekali pa .. Maaf .. Mungkin akan ku  terus begini. Pa2 pun, semuanya saya serahkan pada Illahi ya pa .. Doakan saya yang terbaik.. Klu blh, yang seikhlas, sebaik papa.. Yang blh tempat saya bermanja macam saya bmanja ngn papa ..

Ya Allah, panjangkanlah usia papa .. Dialah satu-satunya insan tempat saya mencurahkan kasih sayang .. tempat saya bermanja ... tempat saya berkongsi segalanya .. Tak perlu orang lain pun tak apa. Saya tak nak kerap disakiti Ya Allah.. Saya juga manusia biasa .. Perasaan saya juga ada batasnya .. 





* Semoga malam ini ku dapat tidur dengan lena .. Dengan ingatan abadi.. Peristiwa yang berlaku dihari ulang tahun ku.. 
Terima kasih kepada insan yang berkenaan..

Jam menunjukkan jam 1.43 am.. Masa untuk beradu.. Esok kena ke pejabat .. Semoga esok lebih baik dari hari ni, .. Insya Allah.. Ku mohon pada Allah s.w.t .. ♥






No comments:

Post a Comment