Saturday, 4 May 2013

Tindakan Luar Dugaan ~

Bismillah.. 
Teringat kembali peristiwa hitam 2 Mei 2013 tempoh hari.. Ya, yang mana hari ku disakiti dengan sebegitu teruk.. Buat kali kedua .. 
But perbuatan itu seperti sukar ku lupakan.. Kerana semuanya diluar jangka pemikiran sebagai hamba Allah yang beriman.. Atau kerana kurangnya iman ? Sehingga ku menjadi sasaran .. Seperti tiada tanggungjawab seorang sahabat di sana .. Ku seperti fobia dilakukan sebegitu teruk oleh insan yang sama .. Mungkin bukan perbuatan yang sama, tetapi ketidakbertanggungjawaban yang sama ! Hati CikNiz kini seperti samar-samar .. Tidak pasti sama ada tindakan CikNiz meneruskan persahabatan ini betul atau tidak.. Kerana jika perbuatan itu telah dua kali dilakukan, pasti ada yang ketiga ! Malah mungkin lagi teruk dari sebelum ini.. Adakah ku bersedia menerima 'tamparan' itu lagi? Atau ... 
Soalannya petang tadi merisaukan ku.. Mungkin dia hanya bergurau, tetapi seolah-olah ada 'translator' disamping ku yang berkata "Adakah kamu bersedia disakiti lagi?" .. Ya Allah.. Aku Mohon petunjukMu, Cekalkanlah hati hambaMu ini.. CikNiz taknak kerap disakiti .. Ku pasti menjawap "Tidak!" Hati ini da hancur .. Mungkin payah untuk di'repair'.. Tetapi CikNiz buat seperti biasa sahaja .. Dalam hati, hanya Allah yang tau.. 
Segala persoalan, segala kemungkinan, segala kegentaran.. dan bermacam-macam perasaan .. Moga Allah S.w.t maklum akan perasaan hambaNya ini.. Moga ku diberikan jawapan yang pasti & tepat oleh Allah swt.. CikNiz perlukan bantuan Allah dalam menentukan apa yang terbaik untuk diri ini.. 

Tindakan ku pada hari berkenaan seperti sukar untuk ku percaya .. Tetiba ia lahir tanpa diduga .. Kerana tak sangka diperlakukan sedemikian barangkali.. But sepanjang ku lakukan tindakan itu, fikiran ku menerawang kepada seorang insan yang langsung tak berdosa dalam perkara ini.. Perasaan simpati itu timbul !!  =(

Kini ku rasa terkilan sendiri dengan perbuatan ku.. perasan kasihan itu timbul lagi.. Mengapa ku buat mcm tu kat dia? Bukankah prinsip CikNiz "biar org buat jahat kat kita, kita balas dia dengan baik?" Ya Allah... (Istighfar).. 
Sekarang, bagaimana dengan dia? Sudah sembuh kah?  Masih sakit? Dalam ka? 
==~ Maafkan saya ... bukan itu yang CikNiz hendakkan.. Kalaulah engkau tahu sedalam mana perasaan ini. ~== 
:( 
Tak pe la.. Mungkin ada hikmahnya .. 

 



No comments:

Post a Comment